Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014

No Comment


IPOH – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang banyak membawa kejayaan kepada negara, namun Malaysia memerlukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ‘kapten’ yang kuat dalam pentadbiran kerajaan.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua pihak sewajarnya menyokong kepimpinan Najib tanpa melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.

“Kita kena sokong Najib, jangan buat ‘kerja lebih-lebih’ untuk melagakan Tun M dan Najib. Saya tak setuju dan saya menentang siapa yang melaga-lagakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno cawangan Ipoh Timur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib kerana mendakwa prestasinya lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam blognya www.chedet.cc, Dr Mahathir berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menegur kepimpinan negara kerana sayang kepada bangsa dan negara.

Shahidan berkata adalah wajar pimpinan kerajaan terus mengurus dan meningkatkan kejayaan negara yang diperjuangkan Dr Mahathir kerana kejayaan negarawan itu perlu dikenang.

“Saya sayang Tun M sepanjang hayat sebagai seorang ayah dan pemimpin yang dihormati kerana usianya yang telah lanjut, beliau beri hujah-hujah yang cukup baik,” katanya.

Di BALIK PULAU, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ir Idris Harun menyifatkan Najib seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan sedia mendengar pandangan pihak lain termasuk mana-mana pihak yang kurang bersetuju dengan dasar negara.

“Beliau komited menjalankan tugas selaku ketua kerajaan negara dan saya sebagai ahli parti dan ketua kerajaan negeri akan tetap mempertahankan perdana menteri saya, sama seperti saya mempertahankan perdana menteri terdahulu,” katanya.

Idris, yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata semua pihak perlu menyokong kepimpinan Najib dan memberinya ruang membuktikan matlamat beliau bersama pasukan dalam pentadbiran untuk memajukan negara, berjaya pada masa depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Balik Pulau di Dewan Maktab Rendah Sains Mara di sini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment