Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014


KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) kini dalam peringkat akhir menyiapkan pelan penstrukturan menyeluruh Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan pelan terperinci mengenainya akan diumumkan akhir Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menerusi dana pelaburan strategiknya, Khazanah hari ini mengumumkan proses formal untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu daripada Bursa Malaysia.

"Ini adalah langkah pertama yang diperlukan supaya syarikat itu kembali mencatat keuntungan. Ia merupakan langkah yang saya sokong sepenuh hati.

"MAS merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia. Ia kebanggaan negara, pencapaian kita dan tempat kita di dunia.

"Oleh itu, hari ini kita membuat perubahan bagi memastikan ia juga merupakan sebahagian sejarah masa depan Malaysia," kata Najib dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai respons beliau kepada cadangan penyahsenaraian MAS.

Beliau yakin syarikat penerbangan negara itu mesti dicergaskan semula untuk

mewujudkan syarikat penerbangan nasional yang kukuh dan mampan.

"Proses pembaharuan semula ini akan melibatkan kerja keras dan pengorbanan daripada semua pihak.

"Arahan dan komitmen saya kepada semua pihak yang terlibat adalah supaya

proses itu dilaksanakan secara profesional, menggunakan prinsip-prinsip adil,

telus dan bersungguh-sungguh," katanya.

Najib juga menyentuh mengenai kehilangan MH370 dan MH17, dengan berkata, jarang sebuah syarikat terpaksa melalui dua tragedi malang serta luar biasa dalam tempoh yang singkat.

Najib berharap dua tragedi itu akan mengubah cara industri penerbangan beroperasi untuk menjadikan perjalanan di dunia ini lebih selamat untuk semua pihak. - Bernama

0 comments:

Post a Comment