Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

SHAH ALAM –  Kerajaan akan memulakan proses pengambilalihan penuh ke atas syarikat Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) melalui dana pelaburan strategik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Mengesahkan kenyataan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini berkata, ia merupakan langkah awal yang diperlukan untuk mengembalikan keuntungan kepada syarikat penerbangan negara.

“MAS adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Ia adalah simbol kebanggaan negara, cita-cita dan kedudukan kita di mata dunia. Ia lebih dari sekadar sebuah syarikat kepada kita. Jadi hari ini kita membuat perubahan bagi memastikan ia kekal menjadi sebahagian dari masa depan negara ini.

“Kerajaan dan Khazanah kini sedang menyaipkan pelan penstrukturan semula yang komprehensif dan holisitik. Dengan proses dan kelulusan ke atas beberapa perkara yang berkenaan, kami menjangkakan bahawa pelan terperinci akan diumum sebelum akhir bulan ini,” katanya.

Beliau yang menyokong langkah tersebut turut berpendapat, perubahan yang bakal diaplikasikan ke dalam industri penerbangan syarikat tersebut akan menjamin langkah keselamatan terhadap syarikat penerbangan yang lebih kuat dan mapan.

"Syarikat penerbangan kebangsaan kita mesti diperbaharui untuk menyampaikan hasil yang berbeza secara keseluruhannya. Hanya dengan baik pulih syarikat, kita boleh menjamin tahap penerbangan negara yang benar-benar kuat dan mapan. Perubahan sedikit demi sedikit tidak akan berfungsi.

"Proses pembaharuan ini akan melibatkan langkah-langkah yang memerlukan pengorbanan dari semua pihak. Komitmen saya kini tertumpu kepada semua pihak dan meminta proses tersebut dilakukan secara profesional, dengan prinsip-prinsip yang betul keadilan, ketelusan dan belas kasihan,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa kesal ke atas dua tragedi yang menimpa pesawat milik MAS.

“Seperti semua rakyat di Malaysia, saya amat sedih dengan tragedi yang menimpa dua pesawat penerbangan MH370 dan MH17. Jarang sebelum ini sebuah syarikat penerbangan mengalami  insiden tragik luar biasa dan mendalam seperti itu dan kedua insiden tersebut berlaku dalam jangka masa terdekat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak di seluruh dunia di atas sokongan dan doa mereka ketika kita smua menghadapi masa-masa sukar dalam tragedi tersebut.

"Kami berharap tragedi tersebut akanmengubah operasi industri penerbangan dan menjadikan perjalanan melalui penerbangan lebih selamat untuk semua," jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak dan seluruh rakyat di negara ini supaya kekal memberikan sokongan terhadap syarikat penerbangan tersebut. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment