Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David semakin hampir untuk meraih gelaran Terbuka Malaysia buat kali kesembilan selepas mara ke separuh akhir di Nu Sentral Mall di sini, malam ini.

Pilihan utama itu hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan pilihan ketujuh Annie Au dari Hong Kong dengan 11-7, 12-10 dan 11-4 pada perlawanan suku akhir.

Nicol merangkul gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali — 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2013.

“Sebelumnya dalam perlawanan, saya membuat pukulan bola dan memerhatikan bagaimana bola melantun dan merasai bagaimana bermain di gelanggang kaca.

“Annie menunjukkan permainan yang cukup baik…Saya perlu berhati-hati ketika dia memberi saingan,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Nicol akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada separuh akhir esok.

“Saya sudah bersedia. Selepas memenangi perlawanan ini, saya berasa puas dan tidak sabar untuk perlawanan esok. Saya berharap kita akan menyaksikan perlawanan yang menarik,” kata beliau. – Bernama

0 comments:

Post a Comment