Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David - seperti diramal, mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB selepas menewaskan Liu Tsz-Ling dari Hong Kong 11-3, 11-2, 11-3 di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Dua lagi wakil wanita negara - Low Wee Wern dan Delia Arnold - turut mengikut jejak sama selepas masing-masing melepasi halangan pusingan pertama.

Wee Wern menewaskan pemain Mesir, Heba El Torky 11-8, 11-5, 10-12, 11-8 manakala Delia membuat kejutan menewaskan pilihan kelima, Alison Waters dari England, 7-11, 11-6, 6-11, 11-7, 11-9.

Juara dunia, Laura Massaro juga dari England turut melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Latasha Khan 11-6, 11-2, 11-4. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment