Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David tidak banyak mengerah keringat selepas mudah layak ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB selepas mengetepikan pemain India, Joshana Chinappa 11-4, 11-3, 11-8, hari ini.

“Dia (Joshna) bertindak baik pada awal tetapi saya berjaya mencari rentak untuk kembali dalam saingan.

“Saya mengaut kesempatan hasil kesilapannya untuk melepasi halangan ini,” kata Nicol yang akan berdepan pemain Hong Kong, Annie Au dalam suku akhir, esok.

Jaguh negara dari Pulau Pinang itu adalah wanita tunggal Malaysia layak ke kelompok lapan terakhir yang bakal diadakan di gelanggang baru, NU Sentral Mall.

“Low Wee Wern dan Delia Arnold memberi persembahan terbaik. Tapi anda dapat lihat barisan kali ini amat kuat dan anda harus bersedia dengan perlawanan sukar seperti ini,” tambahnya.

Terdahulu, Low Wee Wern dan Delia Arnold tersingkir pada pusingan kedua.

Wee Wern – pemain nombor dua negara – kecundang kepada pemain England, Sarah-Jane Perry 3-11, 11-13, 11-9, 9-11 manakala Delia dikalahkan pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy 12-14, 9-11, 5-11.

Sementara itu, pemain belasan tahun dari Mesir, Habiba Mohamed Ahmed menyambung rentak baik dalam Terbuka Malaysia tahun ini selepas mencipta satu lagi kejutan dengan menewaskan pemain nombor 13 dan pilihan ke-11, Jenny Duncalf dari England.

“Saya amat gembira atas kemenangan ini,” kata pemain berusia 15 tahun dan juara individu remaja dunia WSF.

Namun, kejutan terbesar, hari ini adalah apabila pemain Mesir, Nour El Tayeb menewaskan pilihan kedua dan juara bertahan, Laura Massaro 11-7, 11-4, 6-11, 11-4 dalam tempoh 47 minit.

Dalam kategori lelaki, Mohd Nafiizwan Adnan muncul pemain tunggal negara layak ke suku akhir selepas Ong Beng Hee dan Ivan Yuen terbabas.

Mohd Nafiizwan menewaskan rakan senegara, Mohd Azlan Iskandar yang berhenti ketika lawannya mendahului 2-1.

Beng Hee tewas kepada Mahesh Mangaokar dari India 8-11, 11-7, 10-12, 12-10, 10-12 manakala Ivan kalah kepad Olli Touminen dari Finland 7-11, 13-11, 10-12, 11-7, 10-12. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment