Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Pahang bermula dengan cemerlang pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2014 selepas mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Johor Darul Ta’zim II dalam saingan kumpulan A di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Kemenangan tersebut membolehkan Pahang menerajui kumpulan A dengan pungutan tiga mata.

Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme muncul wira skuad ‘Tok Gajah’ selepas meledak dua jaringan pada minit keempat dan 70′ manakala dua lagi gol disumbang oleh Matias Conti (38′) dan Mohd Fauzi Rozlan pada penghujung babak perlawanan.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya bermula pada pukul 8.45 malam terpaksa ditangguhkan hampir sejam berikutan keadaan padang yang becak akibat hujan lebat  di bandar Kuantan.

Dalam pada itu, wakil Singapura, Lions XII gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat tanpa jaringan menentang naib juara Liga Perdana, Felda United FC di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut mencatat tiga mata selepas mengalahkan Kelantan 1-0 dalam saingan kumpulan C, hasil jaringan pemain gantian, Safiq Rahim pada minit ke-72 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Safiq, yang juga pemain tengah kebangsaan, menggantikan tempat penyerang, Mohd Safee Sali yang terpaksa dikeluarkan oleh pengendali JDT, Bojan Hodak selepas mengalami kecederaan pada awal separuh masa pertama perlawanan.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh Pulau Pinang.

Kapten ATM, Hairuddin Omar membuka tirai jaringan pada minit ke-25 sebelum Mohd Rafiuddin Rodin menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-45.

Pada aksi tunggal kumpulan D, naib juara Liga Super, Selangor berjaya meraih kemenangan berharga selepas menundukkan wakil kelab T-Team, 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Penyerang import dari Indonesia, Patrich Wanggai membuka tirai jaringan untuk skuad ‘The Titans’ pada minit ke-48 sebelum skuad Gergasi Merah bangkit dengan dua jaringan pantas, masing-masing menerusi sentuhan penyudah Andik Vermansah pada minit ke-50 dan Paulo Rangel (53′).

Tiga lagi perlawanan Piala Malaysia akan berlangsung esok melibatkan saingan kumpulan B antara Sarawak dan Terengganu di Stadium Negeri, Kuching dan Perak menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh.

Satu lagi perlawanan melibatkan aksi tunggal kumpulan D antara Sime Darby FC menentang juara Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment