Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment


SHAH ALAM: PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak akan mencalonkan wakil rakyat parti itu, sebagai Menteri Besar Selangor. Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ditanya siapakah yang akan dicalonkan PAS Mustafa berkata: "Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan, tunggulah nanti."

Mesyuarat itu diadakan berikutan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu PAS, DAP dan PKR, masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan baginda. - BH Online

0 comments:

Post a Comment