Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

SEPANG - Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang membantu proses penandaan dan pemindahan mayat korban nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Kharkiv, Ukraine mendapat pujian pasukan DVI antarabangsa lain.
 
"Selepas menerima ‘item’ (mayat dan anggota badan mangsa), kumpulan kita telah melakukan dokumentasi, merakam gambar selain merekodkan segala maklumat berkaitan yang boleh membantu mengenal pasti identiti mangsa.
 
“Lebih 50 anggota kita menguruskan proses DVI di Kharkiv iaitu pasukan DVI yang paling ramai.
 
"Kita dapat pujian daripada pasukan DVI antarabangsa yang lain kerana melaksanakan tugas dengan baik," kata Timbalan Komandan pasukan DVI Malaysia itu, DSP Mohd Hakim Hashnom.
 
Beliau merupakan antara 11 anggota DVI Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini selepas berada di Kharkiv selama 22 hari.

Ketibaan kumpulan kedua itu pada hari ini disambut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.
 
Pagi tadi kumpulan pertama terdiri daripada 21 anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan enam anggota VAT69 tiba di KLIA.
 
Mohd Hakim, 31, yang merupakan anggota Bahagian Databank DNA D31 Bukit Aman berkata, beliau dan anggota yang bertugas di Kharkiv tidak dapat mengawal tangisan apabila menerima mayat-mayat mangsa nahas.
 
Jelasnya pasukan itu tidak memasuki lokasi kejadian kerana tugas itu dipikul oleh pasukan lain.
 
Pesawat MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis, 17 Julai.
 
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
 
Dipercayai pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment