Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

KOTA BAHARU – Polis Kelantan akan mewujudkan pasukan khas bagi menangani kes kecurian kenderaan, lumba haram dan dadah yang semakin berleluasa di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pasukan itu akan dilancarkan minggu ini berikutan peningkatan ketara kes berkenaan.

“Kita mendapati 60 peratus kes jenayah melibatkan kes curi kenderaan. Selain itu, kes lumba haram juga ada pada setiap minggu selain tangkapan melibatkan dadah juga meningkat.

“Jadi, kita ingin membanteras kegiatan jenayah demi menjaga keamanan negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Datuk Rosli Abdul Rahman, yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, kini sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.

Mazlan berkata tumpuan utama pasukan khas ini adalah di beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dan daerah lain yang dikenal pasti.

“Kita telah kenal pasti beberapa kawasan yang menjadi tempat lumba haram di sekitar Kota Baharu dan tindakan segera akan diambil bagi memastikan remaja tidak terlibat. Kita akan cari siapa penganjur,” katanya.

Selain itu, Mazlan berkata penilaian terhadap pasukan khas berkenaan akan dibuat setiap enam bulan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment