Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

IPOH – Seorang pekebun yang koma selepas terkena tembakan senapang patah rakannya di kepala ketika memburu babi hutan di sebuah ladang kelapa sawit di Pasir Garam, Kampung Gajah, daerah Perak Tengah, semalam meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd Sarjidi Ibin, 57, meninggal dunia pada jam 12.02 tengah malam ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata berikutan kematian mangsa siasatan kes berkenaan yang pada mulanya dibuat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api, ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Siasatan yang dibuat menemui kelongsong peluru dalam kejadian itu dan semalam kita sudah merampas senapang patah rakan mangsa yang berusia 59 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Mohd Fakri, ketika dihubungi malam tadi, mengesahkan mangsa dipercayai terkena peluru penabur senjata berkenaan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa dan rakannya sedang memburu babi hutan di ladang sawit itu yang dikatakan merosakkan tanaman mereka.

Rakan mangsa dikatakan melepaskan tembakan ke arah seekor babi hutan dan selepas itu melihat rakannya rebah ke dalam semak dan tidak sedarkan diri.

Apabila diperiksa, lelaki itu terkejut apabila melihat kepala rakannya berdarah dipercayai terkena peluru penabur senjata berkenaan.

Berikutan kejadian itu, lelaki berkenaan membawa rakannya mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang sebelum mangsa dipindahkan ke HRPB. – BH Online

0 comments:

Post a Comment