Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KIEV – Pemberontak timur Ukraine melepaskan tembakan ke atas sebuah helikopter yang membekalkan alatan perubatan, mencederakan tiga kru dan memaksa helikopter berkenaan membuat pendaratan cemas, lapor tentera, hari ini.

Menurut kenyataan tentera, nahas berlaku lewat malam tadi waktu tempatan berdekatan lapangan terbang Lugansk, bandar kedua terbesar yang dikuasai pemberontak.

“Pemberontak melepaskan tembakan ke atas sebuah helikopter perubatan Mi-8 (Medevac), kru membuat pendaratan cemas,” menurut kenyataan itu sambil menambah helikopter berkenaan mengalami kerosakan dalam serangan terbabit dan semua kru yang cedera sudah dikejarkan ke hospital di wilayah yang dikawal kerajaan Ukraine.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Russia meneruskan untuk menembak penduduk Ukraine di sepanjang sempadan negara berkenaan.

Insiden terbaru itu berlaku selepas pemberontak menembak jatuh sebuah jet pejuang Ukraine, semalam. – AFP

0 comments:

Post a Comment