Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Dalam era globalisasi dan K-ekonomi, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) bukan lagi laluan kedua tetapi perlu dilihat sebagai laluan pertama kepada pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini kerana bidang teknikal dan vokasional mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi selepas pelajar menamatkan pengajian.

“Saya ingin mengesyorkan dan menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf untuk mengambil peluang melanjutkan pengajian mereka dalam bidang TEVT di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan tiga buah Politeknik Premier,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2014 kali ke-10 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini, hari ini.

Katanya MTUN terdiri daripada Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Muhyiddin berkata kesemua universiti bernaung di bawah MTUN menawarkan pelbagai bidang pengajian teknikal dan vokasional pada peringkat diploma dan ijazah pertama.

Katanya syarat kemasukan ke tiga buah Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PiS) adalah setanding dengan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Perdana Menteri percaya langkah mengarus perdana dan meluaskan akses kepada TEVT dapat menambah bilangan dan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi di negara ini.

“Ini adalah usaha kementerian untuk meningkatkan “kemahiran tinggi- pendapatan tinggi” dalam kalangan graduan,” katanya.

Selain Universiti Teknikal dan Politeknik, katanya pelajar turut berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional di Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Beliau berkata pengajian di pusat-pusat terbabit ditawarkan pada peringkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan.

Muhyiddin berkata sebagai negara yang pesat membangun, pendidikan amat kritikal bagi Malaysia dan kerajaan amat komited untuk melakukan inovasi menyeluruh untuk mencapai kecemerlangan di persada dunia.

Berhubung karnival itu, beliau berkata sejak dianjurkan setiap tahun bermula  2005 sehingga tahun ini, ia telah mencatat dua juta pengunjung.

Bilangan kehadiran yang tinggi itu, katanya menggambarkan kesungguhan dan minat dalam kalangan pengunjung untuk mendapatkan maklumat secara langsung tentang peluang-peluang melanjutkan pengajian. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment