Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 15, 2014

No Comment

MELAKA – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ezwaney Husin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad manakalatertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment