Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pembantu rumah di kediamannya di Air Itam, di sini minggu lepas.

Lim Lee Poh, 44, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Koay Lay Kheng, 22, dengan menyimbah air panas terhadap pembantu rumahnya itu di pangsapuri 9E, Jalan Bukit Bendera, Air Itam pada pukul 4.30 pagi, 20 Ogos lepas.

Lim dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Okt ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan Koay.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris manakala Lim diwakili peguam R.Puran.

Pada 24 Ogos lepas, media melaporkan wanita itu mendakwa disimbah air panas oleh majikannya menyebabkan beberapa bahagian badannya melecur.

Wanita itu dikatakan hanya dapat keluar rumah untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan orang awam selepas majikannya pergi bercuti Sabtu lepas.

Majikan terbabit dikatakan marah kerana mangsa tidak mengemas rumah dengan baik sebelum menyimbahnya dengan air panas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment