Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014


PUTRAJAYA – Kenneth Chin, seorang warga Malaysia kerap terbang ke Australia dalam tempoh 5 tahun lepas.

Ia merupakan perjalanan yang biasa dilakukannya dalam tempoh lima tahun lalu sehinggalah pasportnya dihalang ketika melalui sistem palang automatik di KLIA 2 pada 15 Ogos lepas.

Selepas melakukan pemeriksaan di kaunter, didapati dia kini telah disenaraihitamkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

LHDN kini giat memburu pengelak cukai. Malah mereka terhutang serendah RM200 juga akan dihalang dari meninggalkan negara sebelum melangsaikan hutang mereka.

Tahun ini sahaja LHDN telah berjaya mengutip RM8.37 juta (RM8,378,871.48) daripada mereka yang ingin terbang ke luar negara. 

LHDN turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi membolehkan mereka menyenarai hitam mereka yang ingin terbang tapi belum membayar hutang cukai.

“Sama ada meninggalkan Malaysia untuk bercuti, urusan perniagaan atau migrasi, perintah halangan keluar dari negara akan digunapakai kepada semua pesalah cukai,” kata pengarah komunikasi korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said kepada The Star.

Kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah pemberhentian, atau untuk menyenaraihitamkan individu yang ingkar membayar cukai daripada meninggalkan negara ini tertakluk di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53).

Undang-undang yang membolehkan LHDN menguatkuasakannya wujud sejak 1967 tetapi penguatkuasaan secara aktif hanya dilakukan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Nor Azirah memberi jaminan bahawa pesalah cukai tidak akan ditahan di pusat pemeriksaan imigresen tetapi jika pesalah itu mahu meneruskan perjalanannya, dia perlu membayar semua hutangnya terlebih dahulu. - SiakapKeli.com, Sumber : The Star Online

Sesiapa yang  ingin mengetahui status kawalan imegresen boleh menyemak di http://sspi2.imi.gov.my/

0 comments:

Post a Comment