Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014


MOSCOW – Penggodam memecah masuk ke dalam akaun Twitter Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev dan menghantar tweet bahawa beliau meletakkan jawatan dan mengecam Presiden Vladimir Putin.

“Saya akan letak jawatan. Saya malu dengan tindakan kerajaan. Maafkan saya,” kata akaun Twitter Medvedev berbahasa Russia.

“Saya sememangnya hendak menyatakan ini. Vova anda salah!” kata satu lagi tweet, menggunakan nama samaran Vladimir.

Medvedev, sejak menjadi presiden pun dianggap sebagai orang kedua kepada Putin.

Jurucakap kerajaan berkata akaun Twitter Medvedev digodam dan mesejnya tidak betul.

“Kami sedang berusaha mengatasi masalah ini,” kata jurucakap berkenaan kepada agensi berita kerajaan, RIA Novosti News.

Namun, mesej yan digodam itu masih tetap muncul dan akaunnya menjadi trend tertinggi di Moscow, dengan jumlah pengikut akaun berkenaan meningkat dengan pantas daripada 10,000 kepada lebih 2.5 juta.

Kebanyakan tweet yang digodam mengecam dasar kerajaan Russia.

“Crimea bukan kita punya. Sila tweet kepada orang lain,” kata satu mesej ketika Medvedev, Putin dan ahli parlimen lain dijadualkan bertemu bagi membincang masalah di semenanjung Laut Hitam sejak Russia mengambilnya daripada Ukraine Mac lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment