Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

KUANTAN – Tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook menggunakan kata-kata berbaur kekerasan terhadap kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang mengenakan tindakan mengunci tayar kenderaan miliknya membawa padah apabila kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Pengguna laman sosial menggunakan nama 'Shira' sebagai samaran itu memuat naik status dengan kata-kata kesat selepas tayar kereta miliknya dikunci berikutan gagal membayar banyak saman atau kompaun yang dikeluarkan MPK akibat tidak mematuhi peraturan jalan raya atau memarkir kenderaan sesuka hati.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Zulkifli Yaakob berkata, kes berkenaan harus dipandang serius supaya tidak menjadi ikutan kepada masyarakat dan sesiapa sahaja tidak sewenangnya boleh mengeluarkan kata-kata kekerasan kepada kakitangan atau penguasa bertugas.

Menurutnya, laporan polis akan dilakukan oleh pegawai berkaitan berhubung kes itu supaya siasatan lanjut dapat dijalankan dan tindakan seadilnya diambil.

Katanya, status berkenaan dimuat naik dua hari lalu dan tersebar di laman sosial serta ia seperti ugutan kepada kakitangan MPK.

“Butir-butir ayatnya ialah 'Seronok dapat lambatkan kerja aku MPK, waktu nak cepatlah kau buat hal, Aku Clamp kepala kau balik baru tahu MPK...Saman pah Ceroh, bosanlah Kuantan ni'.

“Saya sudah mengarahkan pegawai berkaitan membuat laporan polis kerana kita mahu tahu adakah pemilik akaun Facebook berkenaan yang bertindak sedemikian atau wujud unsur-unsur sabotaj.

“Sekiranya dia sendiri yang bertanggungjawab, polis boleh ambil tindakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK di Pejabat MPK Jalan Tanah Putih, di sini, semalam.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

“Tidak boleh biarkan perkara sebegini kerana bimbang menjadi ikutan dan saya percaya mana-mana agensi kerajaan tidak suka apabila mereka diperlakukan sedemikian.

“Ia juga sebagai langkah untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment