Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

MELAKA – Pengguna laman sosial sekali lagi diingatkan agar tidak menyalahguna sikap terbuka kerajaan sehingga sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat atau sesuatu isu yang boleh mencetus provokasi.

Mengingatkan demikian, Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata, “Pengguna perlu jadikan wadah ini (laman sosial) bagi kita mencari persamaan iaitu untuk melakukan kebaikan.

“Mengapa perlu kita menyatakan sesuatu yang kita tidak kaji fakta, angka dan asasnya sebelum kita menyebarkannya kepada pihak lain,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Doa Selamat dan Tahlil Aidilfitri peringkat negeri yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Khalil Yaacob di di sini, hari ini.

Majlis dimulakan di Masjid Al-Alami untuk mendoakan kesejahteraan mangsa serta keluarga tragedi MH17 dan MH370 selain mendoakan kesejahteraan umat Islam di Gaza, Palestin.

Selepas itu jamuan makan dengan menu Aidilfitri diadakan di dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka yang dihadiri lebih 15,000 orang.

“Kita mempunyai undang-undang sedia ada yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan platform ini dan saya yakin tindakan keras akan diambil,” katanya.

Beliau ditanya mengenai kesediaan Kerajaan mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Melaka akan diadakan secara sederhana.

Beliau berkata sambutan tersebut akan diisi dengan acara kerohanian bagi mengenang tragedi yang menimpa negara baru-baru ini.

“Sememangnya saban tahun kita adakan program tahlil dan doa selamat sempena kemerdekaan, tetapi tahun ini kita akan menggandakan lagi acara ini di setiap masjid di seluruh Melaka,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment