Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Seorang penguasa kastam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada empat tuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, lima tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Kamarudin Ismail.

Kamarudin, 51, yang bertugas di Bahagian Perkhidmatan Teknik, Menara Kastam, di sini didakwa menerima suapan masing-masing RM500 daripada Zacharias Kho bagi mempercepat dan memudahkan permohonan penjenisan barangan yang dikemukakan Kho ke Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di Restoran Bindu Curry House, di sini pada kira-kira 6 petang, 23 Julai 2009 dan kira-kira 7 malam, 14 Ogos 2009.

Bagi tuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,500 daripada Kho bagi meluluskan permohonan penjenisan barangan dan pemberian nombor kod tarif bagi barangan yang dipohon Kho kepada Bahagian Perkhidmatan Teknik, di bilik 1302, Hotel Grand Blue Wave, di sini, kira-kira 8 malam, 7 Sept 2009.

Kamarudin juga dituduh menerima suapan RM500 daripada Kho bagi melulus dan mengeluarkan surat keputusan penjenisan barang kepada Syarikat One Time Esteem Sdn Bhd menerusi satu akaun bank, kira-kira jam 1.29 petang, 21 September 2009.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ridzuan Abd Malik manakala Kamarudin diwakili peguam Abdul Hamid Menon. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment