Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014

No Comment

IPOH – Seorang peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan projek.

Mohd. Razie Tius Abdullah, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Suukee Distributors Sdn. Bhd. di No. 2A, First Floor, Medan Bendahara 2 di sini antara 24 Februari dan 10 Jun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan surat palsu kononnya milik Jabatan Perhutanan Perak bertajuk ’Tawaran Kelulusan Projek Pembangunan Rakyat (Orang Asli) Cadangan Pembalakan bagi Mengusahakan Pertanian Berkelompok Tanah Risda di Hutan Simpan Korbu, Kuala Kangsar’.

Pertuduhan kedua, dia dituduh menggunakan surat palsu milik Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perak bertajuk ’Arahan Bagi Membuat Papan Tanda untuk Kelulusan Pembalakan bagi Projek Pembangunan Rakyat Orang Asli. Cadangan Pembalakan bagi mengusahakan Pertanian Berkelompok Tanah Risda di Hutan Simpan Korbu, Kuala Kangsar’.

Tuduhan ketiga pula, lelaki itu didakwa menggunakan geran hak milik tanah palsu bernombor 92401-JKPTG/LKTN milik Pejabat Tanah dan Galian Perak. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment