Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 27, 2014

Rakyat Palestin bergembira setelah pengumuman gencatan senjata panjang dibuat.

Gaza , 27 Ogos(AP) -Israel dan Hamas pada Selasa, 27 Ogos, telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan gencatan senjata jangka panjang  selepas pertempuran selama tujuh minggu yang mengorbankan lebih 2,200 orang, majoritinya rakyat Palestin.

Gencatan senjata panjang tersebut menandakan perang tujuh minggu tersebut telah tamat.

Gencatan senjata berkuat kuasa serta merta pada jam 1600 GMT, tetapi keganasan berterusan sehingga saat-saat akhir.

Di Israel, peluru mortar dilancarkan dari Gaza telah membunuh seorang lelaki dan dua cedera parah, kata pihak berkuasa.

Di Gaza, polis melaporkan bahawa serangan udara Israel telah meruntuhkan sebuah bangunan tujuh tingkat di bandar Beit Lahiya. Letupan dari serangan udara Israel boleh didengar di Gaza selepas pengumuman gencatan senjata itu dibuat.

Di Gaza, perayaan besar-besaran dibuat selepas 19:00. Takbir yang biasanya dikhaskan untuk perayaan Orang Islam boleh didengar dari pembesar suara masjid.

Sebelum itu, pegawai-pegawai dari Hamas, kumpulan utama yang memerangi Israel, telah berkata gencatan senjata itu termasuk perjanjian Israel untuk meringankan sekatan ke atas Gaza bagi membolehkan bekalan bantuan dan bahan binaan dibawa ke wilayah perang yang rosak teruk - SiakapKeli.com

6 comments:

  1. Alhadulillah syukur, gembira melihat mereka, cuma alangkah baiknya jika mereka menyambut kegembiraan di masjid-masjid sabagai tanda syukur tak terhingga

    ReplyDelete
  2. kepala hotak ko nak sambut kat masjid2, masjid semua diruntuhkan dan dibom, tak payah nak cakap macam alim, dorang lagi kuat iman dari kita, time waktu solat, selamba solat kat masjid yang dah runtuh sambil kapal perang and jet pejuang israel berlegar2 atas pale dorang, bla la khai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya sarcasm la bro. Nak sambut kt masjid macam mana sebab dah kena bom Israel la kan? Sikit2 orang cakap perkataan "masjid" dan sebagainya orang heboh bajet alim la itu ini. Kita ni isi hati orang lain tak tau, kena berjaga2 cakap pasal orang lain. Sindiran, tak semua orang faham konsep sindiran

      Delete
    2. In the first place kenapa nk kena sarcasm? nk kena sindir?

      Delete
  3. Aih. Post ni psl plstin dh hbs rusuh korg plk nk brusuh kt sni? Alahaiii

    ReplyDelete