Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

Peraturan hari berkabung Malaysia pada 22 ogos 2014 sempena memperingati tragedi MH17. Pada hari tersebut, mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terdahulu, penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Tujuan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014

Tarikh 22 Ogos 2014 dipilij sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di wilayah Donestk, timur Ukraine. Pada hari tersebut kerajaan turut menerima 16 daripada 24 jenazah warga Malaysia termasuk seorang warga Belanda tragedi MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17


  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.
Sumber: Melvister.com

0 comments:

Post a Comment