Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

ARBIL (Iraq) – Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki berkata beliau akan memfailkan aduan terhadap presiden kerana melanggar perlembagaan dan mengarahkan penempatan tentera secara besar-besaran di sekitar Baghdad.

“Pada hari ini saya akan memfailkan aduan rasmi di mahkamah persekutuan terhadap presiden,” katanya dalam perutusannya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada tengah malam (5 pagi wkatu Malaysia),” katanya.

Beliau mendakwa presiden baharu dipilih, veteran Kurdis Fuad Masum, melanggar perlembagaan dua kali, dan secara khususnya gagal melantiknya sebagai perdana menteri.

Gabungan parti Maliki menang selesa dalam pilihan raya April lalu tetapi kedudukannya diancam berikutan serangan pergerakan Jihad yang dilancarkan pada 9 Jun lalu.

Pemimpin berusia 64 tahun itu sebelum ini pernah dilaporkan sebagai berkata tidak akan memegang jawatan perdana menteri bagi penggal ketiga tetapi kini mengubah fikirannya.

Media asing melaporkan kuasa barat seperti Amerika Syarikat tidak menyokong kepemimpinan Maliki dan sebaliknya memberi sokongan kepada presiden baru berkenaan. – AFP

0 comments:

Post a Comment