Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

ALOR GAJAH – Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd, pengeluar biskut Julie’s, yakin perolehannya akan meningkat kepada RM300 juta tahun ini daripada RM250 juta tahun lepas walaupun ia hanya perusahaan kecil dan sederhana.

Pengurus Besarnya, Martin Ang, berkata beliau optimis mencapai sasaran berkenaan berikutan permintaan domestik dan seberang laut yang tinggi.

“Untuk enam bulan pertama tahun ini, kami dengan mudah mencatat RM150 juta hasil daripada pemasaran yang agresif serta pengembangan rangkaian pengedaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ang berkata, sejak dua tahun lepas, China telah menggantikan Singapura sebagai pasaran terbesarnya.

Perfect Food mempunyai tiga kilang, dua di sini dan satu di Masjid Tanah, katanya.

“Syarikat yang menghasilkan lebih 100 produk itu sedang meneliti untuk membina kilang keempat di negeri ini untuk pengembangan masa depan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment