Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

KUANTAN – Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua mulai 15 Ogos lepas, menerima tempahan sebanyak 6,000 unit sehingga Ahad lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat tidak meletakkan sasaran bagi jumlah tempahan yang dibuat oleh pengguna sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.

“Bagaimanapun, kami amat teruja dengan sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun (Axia) belum dilancarkan dan pengguna belum melihat kenderaan itu.

“Apa yang saya boleh janjikan, (model baharu itu) akan memberi satu kejutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Automotif Kenderaan Teknologi Hijau anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Aminar berkata model tersebut akan dilancarkan pada bulan depan dan Perodua menyasarkan jualan sebanyak 8,000 unit sebulan selepas pelancarannya.

Axia merupakan kereta Perodua yang paling cekap tenaga dan berpotensi melalui perjalanan sehingga 21.6 kilometer seliter. Ia juga luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Perodua Axia berharga antara RM24,900 dan RM45,300 di Semenanjung Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment