Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ‘bertafakur’ selama dua minit sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 Jumaat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, berkata pada waktu itu tiada pergerakan pesawat akan berlaku di kawasan landasan sebagai tanda penghormatan.

Jenazah yang diterbangkan dari Amsterdam melalui pesawat khas dijadual tiba di kawasan Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10 pagi Jumaat ini.

Azharuddin berkata, penghormatan yang diberikan pesawat-pesawat itu tidak akan memberikan impak kepada pergerakan trafik di KLIA.

“Walaupun mereka (pesawat) perlu “bertafakur’ ia tidak akan menjejaskan sebarang pergerakan dan jadual penerbangan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad berkata operasi di KLIA pada hari berkenaan akan berjalan seperti biasa.

“Buat masa ini, semuanya akan berjalan seperti biasa dan pihak MAHB akan mengikut segala perancangan diatur oleh pihak Angkatan Tentera Malaysai (ATM) sebagai pengelola majlis istiadat hari perkabungan negara itu,” katanya.

Kompleks Bunga Raya akan menjadi lokasi istiadat penghormatan pertama yang dikelolakan ATM melibatkan jenazah orang awam.

Jumaat, 22 Ogos ini diisytiharkan sebagai hari perkabungan negara.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 orang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Ahmad Shabery berkata orang ramai yang ingin menghadiri istiadat itu hanya boleh berada di luar perkarangan Kompleks Bunga Raya sahaja atas faktor tempat terhad dan keselamatan.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengaturkan beberapa tempat khas untuk diberi tumpuan oleh pihak media.

Tempat-tempat itu ialah di Jambatan Pulau Pinang; Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur; KLIA dan KLIA2; serta di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Baharu.

“Sementara itu kita akan beritahu di Sabah dan Sarawak tempat paling sesuai kemudian untuk media turut beri tumpuan. Ia untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu dalam kehibaan menyambut jenazah mangsa nahas MH17,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery mengingatkan semua stesen radio dan televisyen agar mengikut garis panduan yang telah kementerian tetapkan pada hari tersebut.

“Semua radio dan televisyen kita minta siarkan acara itu dan minta tidak menyiarkan acara yang bersifat hiburan berat…semua saluran tidak mengira sukan, movie, drama dan sebagainya untuk menghentikan siaran bagi bertafakur selama seminit.

“Kita juga akan runding dengan mereka bentuk ‘template’ yang akan digunakan untuk semua media sama ada saluran digital, satelit, kabel ataupun yang menggunakan siaran biasa,” katanya.

Bagi pengendali pawagam pula beliau turut meminta pihak berkenaan menghentikan tayangan seketika bagi bertafakur seminit. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment