Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KEPALA BATAS – Polis mengambil keterangan seorang wanita dari Ipoh, Perak bagi membantu siasatan berhubung pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya pada Sabtu lepas untuk diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini polis telah merakam percakapan 18 saksi bagi membantu siasatan termasuk seorang pemandu pelancong semalam,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Logistik Polis Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang’ tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.

Abdul Rahim berkata, usaha mengesan mereka yang terlibat dalam pesta itu giat dijalankan dan polis percaya tujuh rakyat tempatan yang telah dikenal pasti itu masih berada dalam negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment