Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Sasaran skuad Harimau Malaya mara ke final Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November sehingga 20 Disember ini adalah realistik, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, sudah pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat kajian terperinci membabitkan prestasi pasukan serta perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh dalam meletakkan sasaran tersebut.

Beliau juga mengakui Dollah memerlukan masa untuk membentuk satu pasukan yang mantap walaupun sebelum ini Malaysia kalah kepada Tajikistan 1-4 pada perlawanan persahabatan di Stadium Central, Dushanbe, Jumaat lalu.

“Kita perlu berhati-hati dalam membuat penilaian jurulatih (Dollah) yang pertama kali membimbing skuad kebangsaan ini. Beliau mempunyai tugas berat terutamanya dalam menghadapi perlawanan besar.

“Saya harap sasaran itu realistik dan saya pasti FAM lebih mengetahui prestasi pasukan kita,” katanya kepada pemberita di Jump Street, Petaling Jaya.

Selepas ini Harimau Malaya dijangka menentang Jordan dalam aksi persahabatan seterusnya pada 11 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya dilapor berdepan laluan sukar pada kejohanan itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura serta juara tiga kali Thailand.

Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis memeterai perjanjian eksklusif pertama perkongsian awam-swasta di antara Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dan Jump Street Malaysia Sdn Bhd untuk mengenal pasti serta mencungkil bakat baharu bagi membentuk pasukan gimnastik trampolin pertama di Malaysia.

MGF diwakili Presidennya Razak Mat Amin manakala Jump Street oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Duncan McGilligan – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment