Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat  milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014.

Semasa mengumumkannya, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata  dividen berkenaan susut 0.10 sen seunit berbanding 6.70 sen yang diumumkan tahun lepas.

Beliau berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.115 bilion, naik 5.8 peratus berbanding jumlah pembayaran tahun sebelumnya sebanyak RM1.053 bilion.

“Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020.

“Jumlah pembayaran tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 891,446 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 16.892 bilion unit ASW,” kata beliau kepada pemberita semasa mengumumkan dividen itu di sini hari ini.

Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan akan secara automatik dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Sept, 2014, manakala pelabur yang menyertai ASW 2020 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pendapatan akan dikreditkan ke akaun KWSP mereka melalui Skim Pelaburan Ahli.

“Sehingga 18 Ogos 2014, tabung ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.329 bilion, di mana keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM648.7 juta atau 48.8 peratus kepada pendapatan kasar.

“Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM460.02 juta atau 34.6 peratus manakala selebihnya sebanyak RM21‎9.81 juta atau 16.6 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,” katanya.

Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, Ahmad Sarji berkata semua urus niaga bagi tabung ASW 2020 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 26 Ogos sehingga 1 September, 2014.

“Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASW masing-masing di pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 September, 2014,” katanya.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama  Piah Che Othman.

Beliau berkata PNB sentiasa memastikan pengurusan dana dapat dilakukan dalam dalam jangka panjang dan secara berterusan.

“Kita mengharapkan prestasinya lebih baik (berbanding 6.60 sen), tetapi kali ini kita mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit.

Jika kita lihat dari segi kemampuan untuk kita membayar, sebenarnya 9.30 sen seunit.

“Lebihannya (lebih kurang 2.5 sen seunit) kita bawa ke hadapan untuk membolehkan pengurus-pengurus dana kita menguruskan dana tersebut dan membuat prestasi yang kompetitif setiap masa,” katanya.

Mengenai perkembangan pembangunan Menara Warisan, Kama Piah berkata projek itu kini memasuki fasa pembinaan saluran paip yang kini siap kira-kira 30 peratus.

“Kita masih lagi dalam peringkat untuk menentukan kontraktor dan sebagainya (bagi projek ini),” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment