Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 25, 2014


KOTA KINABALU – Polis Sabah menahan seorang remaja lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau Along.

Ketua jabatan itu Supt Saiman Kasran berkata lelaki berusia 18 tahun dan berasal dari Johor Baharu itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Penampang pada Jumaat lepas.

“Turut dirampas daripada suspek sebuah kereta dan beberapa dokumen yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saiman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1,000,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan sekiranya kesalahan berulang boleh dikenakan sebatan.

Beliau berkata polis menerima aduan daripada seorang kontraktor lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya diganggu oleh ‘Along’ berhubung pinjaman wang yang dibuatnya sejak Mei lepas.

“Menurut aduan pada 19 Ogos lepas, pengadu mendakwa meskipun banyak hutang telah dijelaskan olehnya tetapi ‘Along’ tersebut masih lagi datang menagih
hutang daripadanya,” katanya.

Saiman berkata polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kegiatan Along supaya menyalurkannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di talian 088-454690 atau mana-mana balai polis.

Sementara itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki polis iaitu Amar Izzudin Abdul Majid, 25, yang beralamat di Blok A 18-06, Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, 50400, Kuala Lumpur.

Beliau berkata lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Ku Iskandar Ku Fais’ disiasat berhubung beberapa kes penipuan pelaburan emas daripada institusi kewangan di Kudat yang membawa pulangan wang lumayan.

Katanya, setakat ini, terdapat lima kes yang sama dilaporkan di Kudat dengan nilai kerugian sebanyak RM26,400 dam suspek dipercayai masih berada di Kota Kinabalu atau Kudat.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Haslina Hasan (H/P 0195507373 atau Balai Polis Kudat 088-612222 dengan segera, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment