Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

KEPALA BATAS – Polis menahan empat lelaki rakyat asing bagi membantu siasatan kes penculikan dua rakyat Bangladesh yang seorang daripadanya ditemui mati di Bukit Gambir, dekat sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata empat lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi polis malam tadi hingga awal pagi ini di sekitar Bukit Jambul, dekat sini.

“Kebanyakan yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu adalah rakan mangsa. Usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian culik dan bunuh itu giat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Logistik Polis Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Semalam, mayat seorang rakyat Bangladesh berusia 39 tahun yang dilapor diculik sekumpulan lelaki Myanmar Khamis lepas, ditemui dalam keadaan bogel dan mukanya ditutup dengan baju serta terdapat kesan jerutan di leher. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment