Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014



KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.

Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.

“Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.

“Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.

Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.

Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.

Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

“Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.

“Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.

Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.

“Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.

“Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,”  - Sinar Harian

12 comments:

  1. make sure juga yang beragama islam tidak serve alkohol. Let the non muslim do that. Otherwise tak guna juga pakai tudung and menutup aurat. Or abolish alcohol totally kalau dirasakan perlu. But buat permulaan ialah memastikan pramugara dan pramugari muslim tidak serve sebarang alkohol.

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang muslimah, perlu diketahui bahawa kewajipan menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh. Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.

    A-QURAN

    1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

    2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

    HADIS NABI S.A.W

    1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


    2) “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

    3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju dan wajib buat. No Alkohol.

    ReplyDelete
  4. If satu kapal ada 300 pax, non muslim crew cuma sorg.. kau rasa? Kalau set crew semua muslim, kau rasa? If kebaya x belah tgh, nama tu bkn la kebaya, kau rasa?

    Iran air pernah ditembak oleh tentera US, saudi airlines pernah terhempas, pramugari tudung dan x serve arak, accident tetap berlaku, KAU RASA?

    Nothing need to be changed for the cabin crew image or what so ever, change the management first as the cabin crew already proven world's best, KAU RASA?

    sebelum nk ubah org lain, ubah mentaliti sendiri dulu, KAU RASA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm xsalah pn kalo nk beri komen.. tp sebaek2 nya komen tu biarlah berdasarkan nas2 syariah yg diterima.. sbb kdg2 berbahaya jika percakapan kita tanpa kita sedari menggugurkan islam kita

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Agak2 awak la Edd, kalau masih ada lagi org yang tertutup pintu hatinya utk patuh hukum Allah seperti anda, dan orang lain pon ikut kata2 anda tu and bila Allah dah murka, turunkan musibah, KAU RASA kau sorang je ke yang kena musibah tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. satu anjakan paradigma yang menuju kejayaan dunia dan akhirat

    ReplyDelete