Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

KIEV – Presiden Ukraine Petro Poroshenko semalam membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum awal diadakan pada 26 Oktiber hadapan ketika negaranya terus menghadapi pemberontakan pro-Russia di timur.

“Saya memutuskan untuk menamatkan kuasa Verkhovna Rada (Parlimen Ukraine) lebih awal,”

‘Parlimen baharu akan dipilih pada 26 Oktober 2014,” menurut laman webnya.

Pembubaran Parlimen Ukraine sememangnya dijangka selepas tumbangnya gabungan parti memerintah lebih sebulan lalu. Pada 1 Ogos lalu, Poroshenko berjanji akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan bukannya pada 2017.

Beliau juga mendakwa terdapat beberapa ahli Parlimen yang menyokong pemberontakan pro-Russia di timur negara berkenaan, di mana lebih 2,200 orang terbunuh dalam tempoh empat bulan lalu.

“Barisan ahli Parlimen yang ada sekarang menyokong (bekas pemimpin yang disingkir Viktor) Yanukovych,” kata Poroshenko. Beliau juga menuduh ahli Parlimen meluluskan undang-undang ‘diktatorial’ di bawah bekas presiden yang disokong Moscow itu.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum perbincangan di antara beliau dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di Minsk hari ini, di mana kedua-duanya dijangka cuba mencari jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi mereka.

Beliau juga mendakwa kebanyakan ahli Parlimen di negara berkenaan bersubahat secara tidak langsung dengan memberi sokongan kepada militan pemisah di timur Ukraine.

“Pilihan raya mengejut adalah sebahagian daripada rancangan perdamaian saya,” kata beliau. – AFP

0 comments:

Post a Comment