Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

Suami kepada kakitangan Ambank USJ Sentral, Subang Jaya, Norazitta Abu Talib, 37, yang mati dibunuh tahun lalu, berpuas hati terhadap keputusan mahkamah yang memutuskan hukuman mati ke atas tertuduh.

Irwan Kamaruddin, 38, berkata, keputusan tersebut merupakan satu pembelaan terhadap isterinya.

“Saya sangat berpuas hati,” katanya ringkas ketika ditemui media di luar mahkamah, hari ini.

Beliau berkata, anak-anaknya dapat menerima kenyataan apa yang berlaku ke atas ibunya.

“Saya terangkan kepada mereka, walaupun saya tahu, anak kami sangat sedih atas kehilangan ibu mereka,” katanya yang mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup dengan Norazitta.

Terdahulu Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu, hadir ke mahkamah semalam untuk mendengar keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi ke atas tertuduh, La Ode Ardi Rasila, 37, yang didakwa membunuh isterinya dalam rompakan bank, tahun lalu. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment