Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

Dapur jalanan di bandaraya boleh teruskan aktiviti mereka memberi makanan kepada gelandangan selepas Putrajaya membuat keputusan membatalkan larangan yang sepatutnya berkuatkuasa 16 Ogos itu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini berkata walaupun mereka dibenarkan terus beroperasi, mereka akan dipantau dari segi kebersihan.

“Kita mengenalpasti beberapa lokasi sesuai untuk badan bukan kerajaan (NGO) itu beroperasi berdasarkan pemerhatian kita. Mereka yang tidak mahu berpindah boleh teruskan, tetapi kami akan pantau aspek kebersihan mereka,” katanya pada satu majlis sambutan Hari Raya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata kementerian bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneruskan perbincangan dengan NGO terlibat.

Sebelum ini, Tengku Adnan menetapkan tarikh 16 Ogos bagi dapur jalanan untuk memindahkan operasi mereka luar daripada lingkungan 2 kilometer dari pusat bandar, kerana khidmat mereka menggalakkan gejala gelandangan dan memberi imej buruk terhadap ibu negara.

Dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata Putrajaya hendak menolong golongan tidak berumah yang tidak sepatutnya dibiarkan tinggal di jalanan.

“Saya dituduh macam-macam disebabkan isu gelandangan ini. Secara peribadi, saya pergi ke pelusuk ibu negara untuk memahami isu ini.

“Saya bercakap dengan mereka yang tidak berumah. Ada antara mereka benar-benar memerlukan bantuan, ada yang bermasalah mental dan ada juga yang mengambil kesempatan.

“Golongan yang terakhir itu yang kita tidak boleh bertolak ansur,” katanya pada majlis sambutan Raya dan mesyuarat tahunan Persatuan Veteran Wilayah Persekutuan.

“Kita tidak mahu memberi makan kepada golongan gelandangan seperti memberi ayam makan. Mesti ada penyelesaian yang lebih baik,” tambahnya.

Tengku Adnan berkata dia memahami keadaan gelandangan kerana dia sendiri datang dari keluarga susah.

“Dulu saya tinggal di kawasan setinggan. Kami tinggal merata-rata. Jadi, saya faham kesusahan hidup mereka. Dan bukan niat saya untuk menyusahkan mereka,” katanya. - The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment