Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

LANGKAWI – Rakyat di negara ini akan bertafakur secara serentak selama beberapa minit sebagai tanda menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dijadual tiba di tanah air pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semasa bertafakur secara serentak itu, semua kegiatan akan dihentikan sejurus ketibaan jenazah warga Malaysia itu dari Amsterdam, Netherlands.

“Inilah julung-julung kalinya rakyat Malaysia bertafakur serentak di seluruh negara…adalah diharapkan ia berjaya menunjukkan penyatuan dan perpaduan rakyat pelbagai bangsa terhadap tragedi yang menimpa negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Padang Matsirat di sini, hari ini.

Beliau berkata masa untuk bertafakur itu akan diumumkan menerusi siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen yang membuat liputan istiadat upacara ketibaan jenazah itu bermula 10 pagi Jumaat depan.

Menurutnya istidat penghormatan jenazah tragedi itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan dan melibatkan 10 kementerian lain.

Hishammuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istidat itu, yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dua jenis aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu lima pesawat C130 dan lima helikopter Nuri kemudian akan menghantar jenazah ke negeri masing-masing bagi upacara pengebumian.

“Kerajaan-kerajaan negeri akan mengambil alih urusan pengebumian jenazah-jenazah itu apabila tiba di negeri masing-masing dan mengadakan istiadat mengikut kepercayaan agama masing-masing,” katanya.

Sebanyak 16 jenazah termasuk enam yang beragama Islam akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 22 Ogos ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment