Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 11, 2014

No Comment

Istanbul – Rakyat Turki mengundi dalam pemilihan presiden kali pertama negara itu semalam, tatkala sejarah selama 91 tahun negara itu sebelum ini memilih presiden menerusi Parlimen.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang mendominasi politik Turki sejak sedekad lalu adalah calon utama yang disebut-sebut bakal menggantikan penyandang Abdullah Gul bagi tempoh lima tahun akan datang.

Erdogan yang berkhidmat bagi penggal ketiga sebagai Perdana Menteri adalah individu terkenal di Turki. Beliau menerima sokongan ramai kerana memimpin negara itu dengan membawa ekonomi memberangsangkan, namun pengkritik menyifatkannya sebagai pemimpin autokratik kerana cuba mendapat lebih banyak kuasa dan melaksanakan pandangan konservatif agamanya di negara yang diasaskan kepada prinsip sekular.

Undang-undang parti menghalang beliau daripada terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri untuk tempoh seterusnya.

Tentang dua calon

Erdogan bertanding menentang dua calon lain. Pencabar utamanya adalah Ekmeleddin Ihsanoglu, 70, seorang ahli akademik dan bekas ketua Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang disokong beberapa parti pembangkang, termasuk dua pembangkang utama, parti prosekular dan parti nasionalis.

Calon ketiga adalah ahli politik Kursdish, Selahattin Demirtas, 41, calon yang baharu meningkat dalam arena politik Kurdish.
Seramai 53 juta orang layak mengundi dan calon memerlukan majoriti mutlak untuk menang. Jika tiada yang memenangi undi yang cukup, pemilihan semula antara dua calon teratas akan diadakan pada 24 Ogos depan.

Erdogan dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memenangi pilihan raya tempatan pada Mac lalu dengan 43 peratus undi dan dijangka akan menang.

“Kriteria utama atau ujian adalah peratusan undi yang diperoleh perdana menteri Erdogan dalam pusingan pertama pilihan raya presiden,” kata Fadi Hakura, pembantu felo pemikir Chatham House di London. “Saya merasakan jumlah undi adalah 45 peratus.” – AP

0 comments:

Post a Comment