Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

HONG KONG – Seorang remaja Hong Kong bersama rakan-rakannya sanggup bergadai nyawa semata-mata mahu mendapatkan kepuasan merakam potret sendiri atau selfie di sebuah menara pencakar langit setinggi 345 meter di bandar raya ini.

Remaja itu, Daniel Lau nekad melakukan aksi berbahaya tersebut selepas selfie menjadi fenomena paling digilai dalam kalangan remaja di Rusia.

Lau dan rakan-rakannya membawa bekalan pisang untuk dimakan semasa mendaki menara The Center itu yang merupakan bangunan kelima tertinggi di Hong Kong sebagai sumber tenaga.

Bagaimanapun, Lau menasihatkan orang ramai yang ingin mencuba aksi itu supaya memakai tali keselamatan ketika merakamkan gambar sefie dari puncak tertinggi bangunan. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment