Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki ditemui lemas ketika mandi bersama-sama lima rakannya di sebuah tasik berdekatan Pantai Senok, Bachok, pada Jumaat.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, mangsa Mohd Farhan Hakim Ramadhan, 14, yang berasal dari Kampung Kubu Maraj, Bachok, tiba-tiba hilang ketika sedang mandi-manda di tasik berkenaan.

Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok, Ab Razak Ab Rahman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 4.11 petang.

“Lima anggota bomba dari Bachok bersama Pasukan Penyelamat Dalam Air Kota Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk gerakan mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mayat mangsa ditemui pada 5.43 petang iaitu kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu untuk bedah siasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment