Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR– Khazanah Nasional Bhd hari ini menegaskanyang pelaburan RM6 bilion yang diperuntukkan dana negara itu untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS) bukanlah langkah menyelamat.

Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, dana negara berkenaan mampumendapat balik pelaburan melalui penyenaraian semula syarikat penerbangan nasional itu menjelang akhir 2017 dan akhir 2019, di bawah pembentukan satu syarikat baharu.

Syarikat baharu itu disasarkan kembali mencatat untung dalam tempoh tiga tahun selepas dinyah senarai, yang disasarkan selesai akhir tahun ini.

Ia akan membabitkan kos diperbetul dan struktur operasi serta tenaga kerja, ditanda aras dengan baik kepada amalan industri serta norma berdaya saing.

“Tumpuan utama kepada cadangan itu ialah kebolehan MAS untuk kembali mencatat untung.

“Kami telah mendiagnosis masalah itu dan ubat yang kami percaya di sini ialah ubat yang kami letakkan syarat ke atasnya,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pelan 12 perkara bagi memacu syarikat penerbangan nasional itu kepada keuntungan.

Azman berkata demikian ketika menjawab soalan bagaimana Khazanah akan mendapat balik RM6 bilion yang disuntik di bawah pelan pemulihan MAS.

“Ubat itu berkait dengan wang yang masuk. Jika anda tidak mengambil ubat, kami tidak akan beri wang,” katanya dengan menambah MAS tidak akan dipecahkan kepada entiti lebih kecil.

Sebelum ini, Khazanah telah menyuntik RM7 bilion ke dalam MAS untuk tujuan korporat di bawah Program Transformasi GLC.

Dana negara itu akan menyuntik sehingga RM6 bilion secara berperingkat-peringkat serta bersyarat dalam tempoh tiga tahun.

Daripada pelaburan RM6 bilion itu, RM1.4 bilion akan diguna untuk penyahsenarai syarikat lama MAS dan RM1.6 bilion untuk kos penstrukturan semula serta pemberhentian pekerja, tertakluk kepada syarat yang ketat, kata Azman.

Beliau berkata, baki RM3 bilion akan diguna sebagai suntikan modal progresif ke dalam syarikat baru MAS, secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun mulai 2014 dan 2016.

Sementara itu, Kumpulan Wang Persaraan telah bersetuju untuk menukar sejumlah RM750 juta sukuk kekal sedia ada kepada ekuiti biasa, tertakluk kepada perjanjian muktamat di antara pihak berkaitan.– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment