Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

One Comment


Pelakon terkenal Robin Williams ditemui mati di rumahnya di Tiburon, California Utara, dipercayai kerana membunuh diri, kata polis semalam, lapor media antarabangsa.

Kenyataaan Jabatan Sheriff Wilayah Marin berkata, Williams, 63, yang pernah memenangi anugerah Oscar ditemui mati sebelum waktu tengah hari, di rumahnya.

"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia," kata kenyataan itu seperti dilaporkan media Amerika Syarikat (AS).

Menurut Media AS, pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan (depression).

Williams, yang juga seorang pelakon komedi mula mencipta nama menerusi siri televisyen Mork & Mindy dan kini mendiang dianggap sebagai salah seorang penghibur paling diminati di AS.

Antara filem terkenal yang dibintanginya ialah Good Morning Vietnam pada 1987, Dead Poets Society (1989) dan menerusi filem Good Will Hunting (1997), mendiang meraih anugerah Oscar bagi kategori pelakon pembantu terbaik.

1 comments:

  1. Mengejutkan. Dia dah depression "keluarga" dan "kawan2" dia yg lain buat apa???? Ak benda2 remeh patah hati sebab perempuan pun member2 bawak jalan la, gi makan la.

    ReplyDelete