Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014


SAN RAFAEL (California): Pihak berkuasa mengesahkan pelakon komedi, Robin Williams menggantung dirinya sendiri dengan tali pinggang di dalam bilik di rumahnya.

Sherif Marin County, Leftenan Keith Boyd berkata, Williams dilihat buat kali terakhir oleh isterinya pada malam Ahad lalu ketika hendak tidur.
Beliau bangun pada pagi berikutnya dan meninggalkan rumah, menyangka yang Williams masih tidur.

Tidak lama kemudian, pembantu peribadi Williams mengunjungi rumahnya dan berasa bimbang apabila Williams tidak memberi sebarang tindak balas ketika dia mengetuk pintu.

Pembantu peribadinya menemui pelakon berusia 63 tahun itu mati di bilik tidurnya.

Boyd berkata semua bukti menjurus kepada perbuatan bunuh diri. Namun katanya, keputusan muktamad akan dibuat selepas mendapat laporan forensik dan temu ramah dengan saksi.

Williams terkenal kerana watak yang dipegang dalam filem ‘Good Will Hunting’, ‘Mrs Doubtfire’, ‘Good Morning Vietnam’ dan banyak lagi filem lain. - AP 

0 comments:

Post a Comment