Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 20, 2014

No Comment

Pendaftar Pertubuhan (RoS) memanggil PKR berhubung pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong, hari ini.

Tan berkata, pihaknya menerima faksimili daripada RoS pada jam 3 petang semalam dan beliau akan bertemu dengan pegawai RoS pada Khamis ini bersama ahli PKR yang juga Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

“RoS memanggil parti berhubung tuduhan salah laku Lembaga Disiplin dan kepimpinan pusat. Surat itu daripada Ketua Bahagian Penguatkuasaan RoS ASP Akmal Yahaya,” katanya kepada The Malaysian Insider menerusi telefon, hari ini.

Dr Tan berkata, surat itu memaklumkan mereka disiasat mengikut Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966, yang membenarkan ia memanggil sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai kes berkenaan atau aduan ketika siasatan dijalankan.

Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos, selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

“Beliau membuat kenyataan pada 22 Julai untuk tidak akan meletak jawatan dan hingga kini belum berbuat demikian.

“Berdasarkan keadaan itu Lembaga Disiplin berpendapat dia perlu dipecat,” kata Dr Tan pada sidang media 9 Ogos lalu.

Beliau berkata, Khalid enggan mematuhi keputusan dibuat Majlis Presiden PR untuk melengahkan perbincangan mengenai projek loji air Langat 2 dan menangguhkan kenaikan gaji speaker Selangor, menteri besar, exco dan Adun.

Katanya, Khalid bertegas untuk meneruskan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun dibantah dan gagal memberi penjelasan kepada Majlis Presiden PR mengenai penyelesaian luar mahkamah hutangnya dengan Bank Islam bernilai RM67 juta.

Khalid menerima pemecatan itu tetapi menganggapnya “cacat dan tidak sah”, dan berikrar untuk kekal sebagai MB sehingga mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

Kini RoS memanggil PKR berikutan Khalid membuat aduan penyingkirannya daripada parti adalah salah dan melanggar perlembagaan parti. – 20 Ogos, 2014.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment