Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pengendali rumah amal warga emas perlu lebih kreatif dan inovatif bagi memberi peluang dan mendorong penghuninya untuk terus produktif dan sihat.

Baginda bertitah dengan cara itu ia dapat menggalakkan penghuninya menjadikan tempat tinggal mereka bukan saja sebagai tempat berteduh untuk menghabiskan sisa-sisa hidup malah mendorong mereka melakukan perkara yang lebih bermakna.

“Rumah-rumah amal akan lebih menggamit perhatian andainya pelbagai aktiviti seperti bercucuk tanam, memelihara haiwan atau ternakan, melukis, menjahit, menghasilkan kerja tangan atau aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, usia dan minat mereka.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat agung Majlis Pusat Kebajikan Malaysia (MPKSM) peringkat kebangsaan kali ke-63 di Dewan Warisan di sini, malam tadi.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Datuk Norani Mohd Hashim dan Yang DiPertua MPKSM, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Titah baginda aktiviti beriadah, bersenam secara berkala, program kemasyarakatan seperti kunjungan mesra jabatan, agensi swasta dan pelajar untuk mengisi kekosongan jiwa mereka hendaklah dibuat lebih kerap, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pengendali rumah amal juga wajar berusaha menarik dan jika perlu memujuk anak dan anggota keluarga penghuninya supaya lebih kerap melawat keluarga mereka.

Bagi rumah amal untuk kanak-kanak pula, baginda mahu penekanan diberikan terhadap pembentukan dan keyakinan diri supaya kanak-kanak terbabit mampu menghadapi cabaran di luar apabila meninggalkan rumah berkenaan.

“Sebab itu beta mahu kanak-kanak ini diterapkan dengan ilmu agama dan dilatih supaya mampu berdikari melalui kemahiran seperti memasak, menjahit, berkebun, bertukang serta menukar lampu dan tayar kenderaan,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yakin kanak-kanak yang memiliki keupayaan ini akan berupaya mencari pekerjaan halal walaupun tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

Di majlis itu baginda berkenan melancarkan pasukan Sukarelawan Muda UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) serta mengurniakan anugerah sukarelawan terbaik MPKSM serta anugerah penghargaan dan anugerah khas kepada sukarelawan Perlis. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment