Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 19, 2014



SUNGAI BULOH – Kejadian blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) seberat 650 tan yang dalam pembinaan jatuh malam tadi dipercayai akibat pemasangan tembok penghadang yang tidak seimbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Samsudeen, berkata tembok penghadang hanya dipasang pada sebelah bahagian cantuman 14 blok berkenaan sehingga menyebabkan ia jatuh 38 meter ke permukaan.

“Blok konkrit itu dipercayai jatuh akibat tidak seimbang berikutan pemasangan penghadang dilakukan pada sebelah bahagian sahaja. Ia dipercayai terjatuh di sebelah kanan terlebih dulu dan menyebabkan tiga pekerja kontraktor yang berada di atas landasan itu gagal menyelamatkan diri,” katanya pada sidang media di pejabat tapak pembinaan MRT.

Ketika kejadian berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.34 malam tadi itu, empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Mayat mangsa pertama yang dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27, dibawa keluar pada jam 2.34 pagi, manakala dua lagi mayat mangsa, Muhammad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Aluddin Mollik, 34, dibawa keluar pada jam 1.35 petang.

Ketiga-tiga mayat mangsa terbabit dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mohamed Sabri berkata, seramai 25 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian manakala 19 anggota polis dan 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Kita masih meneruskan operasi pencarian sehingga runtuhan blok konkrit di selesaikan kerana bimbang terdapat mangsa yang lain tertimbus sewaktu kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya sedang menunggu laporan awal bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Apabila perkara begini berlaku, apa juga yang terjadi kita perlukan tentukan punca sebenar kejadian. Kita akan dapatkan laporan awal daripada MRT Corp secepat mungkin bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya. - Berita Harian

0 comments:

Post a Comment