Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penyanyi Sabhi Sadhi mengakui pernah beberapa kali terlupa menghadiri majlis undangan persembahan gara-gara ‘terambil’ dua kerja yang berlangsung pada waktu serentak.

Sabhi, 30, berkata, keadaan itu membuatkan dia teruk dimarahi penganjur majlis kerana dikatakan tidak pandai mengurus kerjaya nyanyiannya.

“Bayangkan, dahulu setiap kali mendapat tawaran nyanyian, saya hanya simpan temu janji itu dalam fikiran tanpa menulis di mana-mana diari pun.

“Kerana itu, sudah banyak kali juga saya mengambil tawaran nyanyian yang membabitkan masa dan hari yang sama, sehinggakan saya dimarahi penganjur majlis kerana tidak hadir seperti dijanjikan itu,” katanya kepada mStar Online.

Sabhi ditemui pada majlis jamuan Hari Raya pemenang nada dering pemanggil (Caller Ringtone) Maxis, Nur Hazwani Aminuddin, di Sentul di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, tambah Sabhi, sejak dia diuruskan Laugh Out Loud Entertainment, jadual kerjayanya lebih teratur, selain dia tidak perlu lagi berfikir untuk menguruskan jadualnya sendiri.

Dalam pada itu, Sabhi yang popular dengan lagu Cinta Sesungguhnya itu berkata, sejak bernaung di LOL, jadualnya juga semakin padat dengan pelbagai undangan persembahan.

“Biasanya, saya hanya menunggu sahaja jika ada mana-mana penganjur yang mahu saya membuat persembahan. Dan diakui, ia sedikit sebanyak membuatkan karier saya sedikit longgar.

“Tetapi apabila mempunyai pengurusan sendiri, saya tidak perlu bersusah payah mencari atau menunggu mana-mana undangan nyanyian. Semuanya mereka buat dan saya jadi semakin sibuk pula.

“Malah jika sebelum ini saya tidak pernah merasa wang deposit daripada setiap persembahan yang diundang, sekarang ini, sudah ada. Saya rasa kerja saya kini lebih baik. Alhamdulillah,” ujarnya.

Sementara itu, Sabhi bersama kumpulan Forteen telah dijemput khas bagi memeriahkan majlis jamuan Hari Raya Nur Hazwani yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat One Stop Music (OSM) Berhad.

Tajaan itu merupakan hadiah kemenangan menerusi peraduan Caller Ringtone syarikat telekomunikasi Maxis yang disertai Nur Hazwani pada Julai lalu. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment