Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, beliau berpendapat keputusan PAS hari ini menandakan mereka bersetuju presiden partinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Saifuddin berkata, ini kerana parti itu kini terikat dengan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 21 Julai lalu yang hanya menamakan seorang calon.

“Sekarang ini PKR terikat dengan keputusan mesyuarat pada 21 Julai, iaitu mesyuarat MPP yang menamakan Wan Azizah. Dengan satu nama yang PAS angkat, (ia) satu perkembangan baru dan belum ada konsensus Pakatan.

“Saya cuma boleh kata keputusan PAS hari ini beri konsensus bahawa PAS bersetuju (dengan nama) Wan Azizah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.

Selain itu, ketika ditanya berhubung pencalonan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai nama baru menteri besar, Saifuddin enggan mengulas.

Bagaimanapun, beliau berharap dengan mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan petang ini dapat memilih satu nama untuk dipersembah kepada sultan Selangor.

“Mengenai Azmin saya tak nak ulas. Yang penting kita nak dapat konsensus. Hari ini (secara) rasmi PAS setuju Wan Azizah sebagai (calon) menteri besar. Jadi kita capai bahawa Wan Azizahlah.

“Saya harap mesyuarat petang ini akan dapat capai kata sepakat untuk angkat satu nama iaitu Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor kepada Sultan,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment