Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan satu pihak lagi berhubung penyiaran sebuah artikel, selesai hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad merekodkan penyelesaian itu di mahkamah terbuka di sini selepas kedua-dua pihak memberitahu mahkamah mereka bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Beliau membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak yang menyelesaikan perkara itu secara damai.

Pua, diwakili peguam Alliff Benjamin memberitahu mahkamah kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah beliau menarik balik kenyataan yang diberi kepada Utusan berkenaan dengan Pua.

Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak, diwakili penasihat undang-undang akhbar berkenaan, Shirad Anuar juga berkata mereka menarik balik artikel itu.

Alliff berkata plaintif menarik balik kes saman itu tanpa kebebasan untuk memfailkan saman baharu.

Pada 9 Dis tahun lepas, Pua memfailkan saman itu dan menamakan Ahmad Zahid, yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan, Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulannya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Pua mendakwa Ahmad Zahid bertanggungjawab dalam penerbitan artikel ‘Tony Pernah Ditahan di Singapura’ dan defendan lain gagal untuk menyiasat ketepatan artikel itu terlebih dahulu sebelum menerbitkannya pada 18 Mac 2011.

Beliau menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang kesemua defendan menerbitkan kata-kata fitnah yang sama terhadapnya selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment