Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 26, 2014

No Comment

Prosiding saman melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan kerajaan diselesaikan di luar mahkamah hari ini.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap kedua-dua pihak itu kerana didakwa membayangkan seolah-olah beliau telah menyalahgunakan kedudukan atas kapasiti peribadinya dan sebagai penjawat awam, menurut laporan Bernama.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar yang dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, yang mewakili Abu Kassim dan kerajaan.

Peguam Abduk Khalid K Muralidharan turut hadir.

Zureen Elina memaklumkan kepada wartawan bahawa kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu dan SPRM telah menyiarkan penjelasan terhadap video temubual yang didakwa itu di dalam laman web mereka.

“Oleh itu Abdul Khalid menghentikan samannya,” kata Zureen Elina sambil berkata mahkamah tidak menetapkan sebarang kos perundangan.

Menurut laman web SPRM, penjelasan itu disiarkan pada 22 Ogos yang antara lain menyebut “Penerbitan rakaman video tersebut di dalam laman web rasmi SPRM adalah amat dikesali dan tidak bermaksud untuk menjatuhkan kredibiliti Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pemimpin”.

Plaintif (Abdul Khalid) dan Abu Kassim (defendan) tidak hadir di mahkamah. Kes itu masih belum memasuki prosiding perbicaraan.

Pada 24 Dis 2013, Abdul Khalid memfailkan saman yang mendakwa defendan pada 4 April tahun lepas menemu bual seorang bernama Airos Shahidin Manaf dan memuat naik video temu bual itu dalam portal web rasmi SPRM dan YouTube.

Dalam kenyataan tuntutannya, Abdul Khalid menyatakan bahawa temu bual itu kemudian dimuat turun, disalin, dicetak dan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan dan asing.

Abdul Khalid berpendapat bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu membayangkan beliau bersalah mengamalkan rasuah, tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi seorang ahli politik.

Beliau juga berkata defendan gagal mengesahkan kebenaran dakwaan-dakwaan itu dan menambah kata bahawa artikel itu menjatuhkan maruahnya sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang.

Beliau menuntut ganti rugi dan/atau ganti rugi am serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada Abu Kassim dan kerajaan.

0 comments:

Post a Comment